Tamadun (malay)

Published: 2021-09-13 23:00:13
essay essay

Category: History Other

Type of paper: Essay

This essay has been submitted by a student. This is not an example of the work written by our professional essay writers.

Hey! We can write a custom essay for you.

All possible types of assignments. Written by academics

GET MY ESSAY
Tamadun Islam mempunyai sumber-sumbernya tersendiri yang memungkinkan ia berkembang dan mampu memenuhi keperluan manusia. Kemajuan Tamadun Islam tidak terbatas hanya pada kemajuan kebudayaan semata-mata, malahan ia merupakan kemajuan yang serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam sememangnya berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan ad-Din sebagai asas yang membentuk tamadun berbanding dengan tamadun lain yang diasaskan oleh manusia. Dalam erti kata paling ringkas, Tamadun Islam ialah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk ilmu pengetahuan, kepercayaan, sains teknologi dan sebagainya berasaskan kepada akidah dan syarak serta bersumberkan al Quran dan al Sunnah.Lazimnya pembentukan sesuatu tamadun adalah hasil daripada sumber alam dam pengetahuan manusia. Sebaliknya Tamadun Islam bersumberkan kepada beberapa sumber. Inilah di antara beberapa keistimewaan dan keunikan Tamadun Islam berbading dengan tamadun-tamadun sebelum ini. Sumber-sumber tersebut ialah Al-Quran dan As-Sunnah, akal, penemuan dan penciptaan baru, serta pengubahsuaian dan penyempurnaan semula.Tamadun Islam merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antarabangsa. Ini dapat dibuktikan daripada pencapaiannya dalam pelbagai bidang kemajuan. Pencapaian dan kemajuan-kemajuan tersebut adalah berpandukan dan bersumberkan al-Quran dan as-sunnah, akal, penemuan dan penciptaan baru serta penyempuarnaan semula.
Al-Quran daripada sudut bahasa bermaksud 'bacaan' dan perkataan al-Quran berasal daripada perkataan arab 'al-qira'ah'. Manakala daripada sudut istilah al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah SWT yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan perantaraan malaikat jibrail, ditulis dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan menjadi ibadat bagi sesiapa yang membacanya.

Warning! This essay is not original. Get 100% unique essay within 45 seconds!

GET UNIQUE ESSAY

We can write your paper just for 11.99$

i want to copy...

This essay has been submitted by a student and contain not unique content

People also read